Saya merupakan seorang pelajar di Universiti Al-Azhar. Semasa balik berikutan kekalutan di Mesir saya terbaca mengenai isu wakaf ini yang kebetulan keluarga mertua saya adalah juga waris kepada tanah wakaf tersebut. Tetapi keluarga mertua saya mengaku tidak berapa mengetahui mengenai perkembangan kes tersebut dan dia percaya MAIDAM amat tahu apa yang dilakukannya dan percaya MAIDAM akan mengendalikannya bedasarkan hukum syarak. Apabila ditanya keluarga mertua saya tidak pernah mewakilkan bahagian kepada sesiapa dalam tuntutan terhadap MAIDAM tersebut. Kebetulan saya mempunyai abang angkat “pelajar senior” yang bekerja di majlis. Beliau bekerja di bahagian lain, tetapi menurut cakap-cakap orang tertentu MAIDAM tidak melanggar hukum syarak dan pajakan terdahulu selama 999 tahun serta syarat-syarat yang waris tidak berpuas hati (sedangkan perjanjian tersebut adalah berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan semasa hayat pengwakaf) itu adalah merupakan syarat-syarat di perjanjian yang dilakukan oleh pengwakaf sendiri sebelum diwakafkan kepada MAIDAM serta tempoh pajakan tersebut masih belum tamat. Saya juga difahamkan, waris-waris lain tidak ada surat wakil kepada dua orang yang menuntut dan dia tidak tahu bahagian hasil dan itulah diantara yang dipertikaikan oleh MAIDAM dan tanah tersebut tidak ada pecah sempadan disamping berkeyakinan tidak ada nas-nas yang khusus yang melarang wakaf dipajak melebihi tiga tahun tetapi yang menyaman tersebut berpendapat sebaliknya. Saya sendiri setelah membaca komen-komen terdahulu di dalam ini terkeliru dengan fakta-fakta berkenaan. Sekejap kata mewakilkan kesemua waris-waris sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam waris yang anak guam beliau turut mewakili 460 ketua keluarga pewaris dalam wakaf itu . Sedangkan menurut keluarga mertua saya dia tidak pernah mewakilkan kuasa kepada sesiapa pun apa lagi untuk menyaman MAIDAM kerana dia juga menerima hasil setiap tahun walaupun sedikit biarlah yang halal. Walaubagaimanapun sebagai seorang muslim saya harap kes ini dapat diteruskan secara berhemah menurut hukum syarak tanpa membabitkan fakta-fakta yang mungkin akan boleh mengelirukan waris-waris lain seperti keluarga mertua saya. Dan untuk itu saya juga berharap jika kes ini berjalan biarlah secara terbuka dan berharap kes ini dilaporkan secara telus tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak yang hanya untuk menang serta dilaporkan oleh seseorang yang amanah sebagaimana kehendak tuntutan agama kita (Islam) yang memahami akibat laporannya akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana sebagai seorang muslim kita wajib memastikan rezeki yang diterima adalah halal.
Saya merupakan seorang pelajar di Universiti Al-Azhar. Semasa balik berikutan kekalutan di Mesir saya terbaca mengenai isu wakaf ini yang kebetulan keluarga mertua saya adalah juga waris kepada tanah wakaf tersebut. Tetapi keluarga mertua saya mengaku tidak berapa mengetahui mengenai perkembangan kes tersebut dan dia percaya MAIDAM amat tahu apa yang dilakukannya dan percaya MAIDAM akan mengendalikannya bedasarkan hukum syarak. Apabila ditanya keluarga mertua saya tidak pernah mewakilkan bahagian kepada sesiapa dalam tuntutan terhadap MAIDAM tersebut. Kebetulan saya mempunyai abang angkat “pelajar senior” yang bekerja di majlis. Beliau bekerja di bahagian lain, tetapi menurut cakap-cakap orang tertentu MAIDAM tidak melanggar hukum syarak dan pajakan terdahulu selama 999 tahun serta syarat-syarat yang waris tidak berpuas hati (sedangkan perjanjian tersebut adalah berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan semasa hayat pengwakaf) itu adalah merupakan syarat-syarat di perjanjian yang dilakukan oleh pengwakaf sendiri sebelum diwakafkan kepada MAIDAM serta tempoh pajakan tersebut masih belum tamat.
ReplyDeleteSaya juga difahamkan, waris-waris lain tidak ada surat wakil kepada dua orang yang menuntut dan dia tidak tahu bahagian hasil dan itulah diantara yang dipertikaikan oleh MAIDAM dan tanah tersebut tidak ada pecah sempadan disamping berkeyakinan tidak ada nas-nas yang khusus yang melarang wakaf dipajak melebihi tiga tahun tetapi yang menyaman tersebut berpendapat sebaliknya.
Saya sendiri setelah membaca komen-komen terdahulu di dalam ini terkeliru dengan fakta-fakta berkenaan. Sekejap kata mewakilkan kesemua waris-waris sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam waris yang anak guam beliau turut mewakili 460 ketua keluarga pewaris dalam wakaf itu . Sedangkan menurut keluarga mertua saya dia tidak pernah mewakilkan kuasa kepada sesiapa pun apa lagi untuk menyaman MAIDAM kerana dia juga menerima hasil setiap tahun walaupun sedikit biarlah yang halal. Walaubagaimanapun sebagai seorang muslim saya harap kes ini dapat diteruskan secara berhemah menurut hukum syarak tanpa membabitkan fakta-fakta yang mungkin akan boleh mengelirukan waris-waris lain seperti keluarga mertua saya.
Dan untuk itu saya juga berharap jika kes ini berjalan biarlah secara terbuka dan berharap kes ini dilaporkan secara telus tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak yang hanya untuk menang serta dilaporkan oleh seseorang yang amanah sebagaimana kehendak tuntutan agama kita (Islam) yang memahami akibat laporannya akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana sebagai seorang muslim kita wajib memastikan rezeki yang diterima adalah halal.
Mujahid Wakaf