Tuesday, July 28, 2009

JAWATANKUASA


Jawatankuasa Perancangan dan Pelaburan

Di antara tugas jawatankuasa ini ialah mencari jalan bagi memajukan harta-harta Majlis dengan cara :
  • Mengkaji dan merancang bagi memajukan tanah-tanah MAIDAM termasuk tanah Wakaf dan Baitulmal dengan pembangunan, pertanian atau perusahaan sama ada secara bersendirian atau dengan cara usahasama.

  • Membeli tanah dan bangunan yang difikirkan sesuai bagi menambahkan aset MAIDAM.


    Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan

    Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Menyemak dan membincangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan sebelum diangkat untuk persetujuan MAIDAM.
  • Menimbang permohonan pembiayaan kenderaan kakitangan MAIDAM yang melebihi RM 10,000.00.
  • Menimbang permohonan bantuan melebihi RM 20,000.00
  • Merancang pelaburan dan menambah aset MAIDAM.

Jawatankuasa Zakat, Wakaf dan Baitulmal

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

Zakat

  • Merancang dan berikhtiar memperkemaskan dan mempertingkatkan pengurusan zakat sama ada dari segi pungutan mahu pun agihan.
  • Menimbangkan bantuan-bantuan melebihi RM 20,000.00 daripada sinf yang berkaitan.
  • Menetapkan kadar zakat/fitrah tahunan.


Wakaf

  • Mengkaji dari semasa ke semasa supaya pengurusan wakaf lebih kemas dan berfungsi, termasuk merancang dan memajukannya bagi manfaat masyarakat Islam.
  • Berikhtiar menggalakkan masyarakat Islam Mengamalkan perwakafan


Baitulmal

  • Mengkaji dari semasa ke semasa supaya pengurusan Baitulmal lebih kemas dan berfungsi, termasuk merancang dan memajukannya bagi manfaat masyarakat Islam.
  • Menimbangkan bantuan melebihi RM 20,000.00 daripada peruntukan Baitulmal.


Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Mengkaji dan merancang mengenai perjawatan kakitangan.
  • Mengkaji dan menimbang kenaikan pangkat kakitangan.
  • Membincang dan memutuskan hukuman tatatertib kakitangan.
  • Membincang dan memutuskan pemilikan/pengisytiharan harta kakitangan.
  • Menjadi panel temuduga, perlantikan dan pengesahan dalam jawatan kakitangan.
  • Menimbang perubahan dan pelarasan tangga gaji kakitangan.

Jawatankuasa Muassasah Gadaian Islam

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Merancang dan mengawasi perjalanan pengurusan Muassasah Gadaian Islam Terengganu dari segi pentadbiran dan perjawatan.
  • Memantau perjalanan operasi dari semasa ke semasa.
  • Meluluskan perbelanjaan daripada sumbangan orang ramai untuk kepentingan pentadbiran Muassasah Gadaian Islam.

Jawatankuasa Pengurusan Chenderong Concession

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Mengkaji dan memantau apa-apa yang berkaitan dengan Tanah Wakaf chenderong Concession
  • Mengkaji kedudukan pemajakan dan pemulangan hasil tribute.
  • Merancang pembangunan bagi manfaat pewakaf dan penerima hasil wakaf.

Jawatankuasa Kegiatan Hal Ehwal Islam

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Merancang dan mencadangkan apa-apa perancangan yang sesuai untuk dilaksanakan bagi memajukan pentadbiran hal ehwal Agama Islam dari aspek dakwah, pendidikan, penyelidikan, pembangunan rohaniah dan akhlak serta pembinaan insan.

Lembaga Perolehan

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Membincang dan menimbangkan pengesyoran keputusan sebutharga dan tender yang dikeluarkan oleh MAIDAM bagi mendapat persetujuan dan pengesahan Mesyuarat MAIDAM.


Panel Peguam Syar'i

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

  • Berperanan sebagai Panel Temuduga Peguam Syar'i.
  • Membincang, menimbang dan membuat keputusan memberi sijil kepada peguam syar'i yang layak.
  • Melapor keputusan Panel untuk mendapat pengesahan Mesyuarat MAIDAM.


Jawatankuasa Temuduga Mubaligh

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :
  • Berperanan sebagai Panel Temuduga Mubaligh-mubaligh.
  • Melapor keputusan Panel untuk mendapat pengesahan Mesyuarat MAIDAM

Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang dan Enakmen

Di antara tugas-tugas jawatankuasa ini ialah :

  • Mengkaji dan menyemak serta mengesyorkan sebarang pindaan yang hendak dilakukan ke atas undang-undang dan enakmen sedia ada kepada Mesyuarat MAIDAM.

No comments:

Post a Comment