PENGENALAN | Unit Wakaf dan Sumber Am dikawalselia oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Baitulmal) dan merupakan salah satu unit yang berperanan menguruskan harta wakaf. Fasal 63 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M, memperuntukkan MAIDAM hendaklah menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am, wakaf khas, nazar am dan semua amanah dari segala jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau sebagai faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak. Adalah menjadi tanggungjawab MAIDAM untuk mengurus atau mengambil sebarang langkah untuk memajukan harta-harta wakaf dan seterusnya merancang sumber wakaf untuk mendapatkan hasil dan manfaat kepada pewakaf dan masyarakat dalam jangkamasa panjang. Sementara Sumber Am pula lebih dikenali sebagai Baitulmal, merupakan satu bentuk pentadbiran mengendalikan harta-harta orang Islam yang mati yang tidak mempunyai waris atau berwaris tetapi tidak menghabisi semua bahagian mengikut faraid, selaras dengan peruntukan Fasal 59. Secara umumnya perolehan atau hasil Sumber Am termasuklah perolehan pesaka, hasil dari tanah atau tanaman, penyerahan wang faedah bank, barang-barang tercicir (luqatah) dan pelbagai sumbangan. | PERANAN | Unit Wakaf dan Sumber Am bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal mengenai pengwakafan dan mengawal selia harta-harta wakaf, di samping mengendalikan mengenai baitulmal. | PERANCANGAN | Perancangan Unit Sumber Am | - Tanah lot 2766 Grant 3359 Ladang Mengabang dicadang dibangunkan bangunan komersil.
- Projek perumahan dibangunkan di Chendering di atas tanah lot 1265 KRM 1030 dan lot 1237 KRM 1004
- Projek perumahan dibangunkan di Balai Besar Dungun di atas tanah lot 4166 GM 4678
| Perancangan 5 Tahun Unit Wakaf | - Mewujudkan Saham WakafMemberi pinjaman kepada masjid-masjid secara Qardhul-Hasan bagi membangunkan tanah-tanah wakaf kepunyaan masjid.Menukar ganti tanah-tanah wakaf yang tidak sesuai kepada yang lebih baik supaya boleh dimajukan.
- Memanfaatkan dengan sepenuhnya tanah-tanah yang diwakafkan.
| Perancangan 5 Tahun Baitulmal | - Meminimakan tanah-tanah baitulmal yang bersyarikat.Mewujudkan MAIDAM Property Sdn. Bhd
- Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta bagi memajukan tanah-tanah baitulmal.
| | JENIS-JENIS WAKAF | -
Wakaf AM -
Wakaf Khas -
Wakaf Masjid/surau Pelajaran Agama Perkuburan Islam -
Wakaf Zuriat
| TANAH BAITULMAL | Sehingga kini, terdapat sebanyak 462 lot tanah yang mana Baitulmal (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu) mempunyai kepentingan dan bahagian. Dari jumlah tersebut, hanya 36 lot sahaja yang Majlis mempunyai semua kepentingan. Walau bagaimanapun, jumlah ini sentiasa berubah-ubah kerana Majlis berusaha untuk melupuskan / menjual apabila kepentingannya pada sesuatu tanah itu sedikit sahaja dan membeli sekiranya dirasakan tanah itu mempunyai kepentingan yang besar kepada Majlis dan berpotensi tinggi untuk dimajukan. Pembangunan Tanah Baitulmal Memandangkan masalah pemilikan bersyarikat, kedudukan yang tidak ekonomik dan lain-lain masalah, hanya satu lot tanah sahaja yang telah dimajukan sebagai ladang getah yang berkeluasan 10 ekar yang terletak di Jerangau. Hasil getah telah berkurangan dan akan digantikan dengan tanaman lain yang lebih menguntungkan seperti limau, dokong dan sebagainya. |
| | |
|
No comments:
Post a Comment